Tahukah anda, sejarah peperangan dahulu ada kisah
yang menyebabkan orang Melaka marah dengan orang Negeri Sembilan.
Ceritanya bermula begini
Pada zaman dahulu, tentera Melaka merupakan satu
pasukan tentera yang amat kuat dan hebat.
Mereka belum pernah mengalami kekalahan dalam
mana-mana peperangan.
Pada satu hari, tentera Melaka diarahkan untuk
menyerang tentera Johor.
Mereka pun memulakan persiap... an dan kelengkapan
peperangan.
Tiba-tiba ketua tentera Melaka menerima satu berita yang
isterinya hendak bersalin (anak pertama).
Oleh kerana itu, mereka telah membuat keputusan
untuk meminjam ketua tentera Negeri Sembilan.
Tentera Negeri Sembilan juga merupakan seorang ketua
yang bijak dan hebat
Maka bertolaklah mereka untuk berperang dengan
tentera Johor.
Keesokan harinya, seluruh penduduk Melaka terkejut
besar kerana pasukan Melaka telah tewas dengan begitu teruk sekali.
Yang berjaya pulang dengan selamat hanyalah ketua
tentera Negeri Sembilan dan peniup semboyan peperangan (Tentera Melaka).
Ketua tentera Melaka menjadi hairan kerana beliau
mengetahui yang tentera Johor adalah tentera yang lemah dan kekurangan ahli.
Beliau bertanya pada ketua tentera Negeri Sembilan,
"Tuan!Apakah yang telah berlaku?"
Ketua tentera Negeri Sembilan hanya tersenyum sinis
dan malu-malu
Ketua tentera Melaka, lalu bertanya pula pada
tentera beliau yang bertugas sebagai peniup semboyan itu.
Lalu dengan nada sedih, peniup semboyan itu
berkata... ... ... ... .
Tuan, apabila kita hendak memulakan peperangan, apakah
yang tuan akan laungkan sebelum mulakan peperangan
Lalu ketua tentera Melaka berkata "SERANG"
Peniup semboyan lalu menjawap, Tuan... ketua tentera
Negeri Sembilan juga melaungkan perkataan yang sama
Jadi kalau begitu, apa masalahnya?, jawap ketua tentera
Melaka..
Lalu dengan sedih, peniup semboyan mengatakan, tapi
tuan kalau dalam bahasa Negeri Sembilan bunyinya jadi... ... ..
"SORANG"
Kita kalah kerana, setiap kali ketua tentera Negeri
sembilan melaungkan, hanya "SEORANG" tentera kita yang keluar untuk
melawan musuh.
He..he... he... Jangan Marah eaaa.....
No comments:
Post a Comment