1) Kemayan City,Johor Bahru
Kemayan City adalah sebuah kompleks yang terbengkalai mangsa kegawatan ekonomi tahun 1998. Ia dikenali ramai kerana gahnya semasa pelancarannya dahulu juga jalan Overheadnya yang menjadi tempat U-turn ke Skudai atau Tampoi. Tak taulah status jalan tersebut samada diiktiraf atau tidak tetapi memang jem di situ terutama semasa waktu petang.Tetapi kini Kemayan City menjadi tempat yang misteri dan dipercayai menjadi port Mat gian. Namun ada juga yang mengatakan Kemayan City berhantu terutama oleh warga Singapura kerana pernah berlaku kejadian paranormal iaitu barang-barang yang dibeli di sana telah hilang dan baki duit bertukar menjadi daun kering,tetapi yang paling menghairankan ialah mall ini tidak pernah beroperasi semenjak projek ini diberhentikan pada 1998 jadi apa yang mereka nampak pada malam kejadian???hanya mereka yang mengalaminya sahaja boleh menjawab persoalan ini.
2) Highland Tower , Hulu Kelang

Bila sebut Highland Tower,mungkin masih ada yang ingat,ada yang sudah lupa atau ada yang tak tahu langsung pasal Highland Tower.Tragedi runtuhan Highland Tower merupakan satu tragedi yang menyayat hati dan tragis yang berlaku pada penghujung tahun 1993(20 tahun lepas) yang telah mengorbankan 48 nyawa.Terdapat pelbagai versi yang dipetik daripada orang ramai tentang faktor kepada runtuhnya pangsapuri 12 tingkat yang terletak di Hulu Klang itu.Dari segi saintifiknya,hujan lebat telah menyebabkan struktur tanah di kawasan Highland Tower tidak stabil manakala dari segi mistiknya,ada saksi yang melihat 2 orang lelaki berjubah putih menggoncang pangsapuri tersebut sehingga runtuh menyembah bumi.Tower B dan C masih lagi teguh berdiri namun kesemua mereka yang tinggal di Tower B dan C diarah untuk berpindah bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.
3) Lebuhraya Karak

Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.
4) Banglo Mona Fandey

Kepada sesiapa yang tidak tahu,Mona Fandey merupakan seorang artis a.k.a bomoh terkenal semasa tahun 90-an dan dilaporkan mengunakan ilmu hitam untuk membantu ramai ahli politik untuk mendapat kuasa.Pada tahun 2001 dia telah disabit kesalahan(gantung sampai mati) kerana membunuh seorang ahli potitik iaitu Datuk Mazlan Idris pada tahun 1993 semasa upacara memberi kuasa . Menurut laporan,Mona Fandey bersama suaminya menyuruh Datuk Mazlan baring semasa upacara berlangsung sebelum membunuhnya dengan mengerat badan beliau sebanyak 18 bahagian.Semasa dalam tahanan,dia mengatakan bahawa 'SAYA TIDAK AKAN PERNAH MATI' dan rumahnya dianggap berhantu disebabkan ilmu hitam yang diamalkan Mona semasa hidupnya.
5) Villa Nabila, Johor Bahru

Villa Nabila meupakan antara bangunan berhantu yang top dekat JB..Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi rasanya kisah yang paling akhir tu nampak real sikit. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.
Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak mereka yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.
Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.
Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lelki ni, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Bermula dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi #6 - Versi terakhir ni
Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. . Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok. Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat kawasan hutan.(hati-hati ye)
SUMBER : villanabila.blogspot
6) Penjara Pudu

Antara yang tempat yang terkenal sebagai tempat yang menyeramkan, ialah Penjara Pudu yang terletak di Jalan Hang Tuah. Bangunan penjara itu menempatkan bukan saja banduan biasa malah banduan akhir.
Antara cerita mengenai Penjara Pudu ialah mengenai seorang detektif yang sedang menyoal siasat seorang banduan wanita sekitar tahun 60’an. Sewaktu sedang menyoal siasat secara tiba-tiba kepala wanita tadi terjatuh dan bergolek ke pintu bilik.
Detektif tersebut telah lari keluar dan mendapati sebenarnya dia tidak menyoal siasat sesiapa pun. Banduan wanita tersebut sebenarnya tidak wujud di penjara itu.
Kini Penjara Pudu telah diruntuhkan sepenuhnya dan proses pembinaan bangunan baru sedang dijalankan. Khabarnya sebuah pusat membeli-belah akan dibina di situ.
SUMBER : amazingnara.com
7) Amber Apartment

Tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini:
Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:
-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan
Ini kata seorang penghuni di sana:
“amber court ngan billion court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu.kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”
“aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…aku punyalah takut……..mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku…lama2 hilang malu, takut punya pasal,aku nangis sampai member aku terjaga…bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak layan ko..”…aku dah stop jerit. member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…pastu baru diam…”
“aku nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”
SUMBER : penpatah.blogspot.com
8) MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR,PERAK

Menjadi lokasi kem penjajahan Jepun sepanjang perang dunia kedua. Para penuntut biasanya akan dikejutkan dengan susuk tubuh yang terapung diatas katil sambil merenung ke arah mereka semasa tidur. Di waktu malam,terdengar suara orang berkawat dari arah padang di samping bunyi rantai besi diseret..Sebatang pokok
di kampus itu yang berada tepat di sebelah tiang elektrik akan menghasilkan bayangan manusia yang tergantung di pokok . Kadang kala para pelajar juga di kejutkan dengan penampakan benda putih yang terbang di kawasan kolej tersebut.
di kampus itu yang berada tepat di sebelah tiang elektrik akan menghasilkan bayangan manusia yang tergantung di pokok . Kadang kala para pelajar juga di kejutkan dengan penampakan benda putih yang terbang di kawasan kolej tersebut.
No comments:
Post a Comment